Dunia

Israel serbu, rampas kenderaan milik penduduk Palestin di Lembah Jordan

Tentera Israel menyerbu Khirbet Al Ras Al Ahmar di utara Lembah Jordan dan merampas kenderaan milik rakyat Palestin, lapor agensi berita Wafa.

Bercakap kepada laman berita Palestin, Mutaz Bisharat, seorang pegawai di wilayah Tubas, berkata bahawa mereka menyerbu kampung itu dan merampas beberapa kenderaan, traktor pertanian, dan lori tangki air.

Menurut Bisharat, rejim Israel juga menyerbu dan menggeledah beberapa rumah di kawasan itu.

Komuniti Palestin di Lembah Jordan sentiasa diganggu hampir setiap hari oleh tentera zionis dan penceroboh dalam usaha memaksa mereka meninggalkan kawasan itu untuk menggabungkannya dan mengembangkan penempatan haram.

Dalam pada itu, Wafa juga melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel meluluskan pengambilalihan tanah milik Palestin di perkampungan Qaryut dan Al-Sawiyeh, selatan bandar Nablus Tebing Barat.

Ghassan Daghlas yang memantau aktiviti penempatan Israel di utara wilayah Palestin berkata, tanah Palestin yang menjadi sasaran terdiri daripada beberapa ladang milik keluarga Palestin di kawasan itu.

Beliau memberitahu Wafa bahawa Israel berhasrat untuk membina kawasan perumahan, kemudahan awam dan jalan untuk golongan mereka sahaja.

Oleh Hafeez Anuar


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button