Dunia

Masjid ditulis kata-kata kesat hina Quran

Anti-Islam masih bugar di Eropah

DRESDEN : Sebuah masjid di Dresden berhampiran sempadan Jerman-Denmark diancam sentimen anti-Muslim selepas sebuah masjid milik komuniti berketurunan Turki.

Masjid itu ditulis kata-kata kesat mengenai Quran sekaligus satu penghinaan terhadap Islam.

Menurut Presiden persatuan masjid, Hursit Tokay,  beliau meninggalkan Masjid Aabenraa pada Jumaat petang lalu.

Menurut dailysabah.com, ketika Tokay tiba semula di masjid berkenaan beliau mendapati terdapat tulisan menghina ayat Quran dipapar pada dinding.

Masjid yang menjadi sasaran anti-Islam itu beroperasi di bawah payung Yayasan Islam Turki Denmark dan ditutup sebahagian akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata pihak pentadbiran masjid telah melaporkan kejadian itu kepada polis dan siasatan telah pun dijalankan termasuk pemeriksaan kamera pengawasan di lokasi berkenaan.

Sambil mengutuk tindakan itu, Tokay berkata tulisan itu telah dibersihkan.

Masjid sekitar Eropah telah mengalami beberapa insiden mencemarkan kesucian masjid, termasuk dilempar bom molotov cocktail, serta disembur kata-kata kesat.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button