Covid19KemanusiaanKerohanian

MAPIM, Restoran Mohd Chan hulur bantuan kepada barisan hadapan!

Dua mesin penyejuk udara, makanan panas

KAJANG : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hentian Kajang, memasuki hari kelapan selepas dilaksanakan   di Hentian Kajang, memasuki hari kelapan selepas dilaksanakan.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan.
MAPIM Malaysia meletakkan dua mesin penyejuk udara (air cooler) kepada khemah penugasan para petugas barisan hadapan.
Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Zul Hanis Zainol berkata, MAPIM merangka untuk menghantar penyejuk udara di kawasan PKPD lain antaranya Di Sungai Emas, Banting.
“Setelah kita salurkan banyak makanan hari ini kita nak menyantuni frontliner jadi kita hulurkan bantuan penyejuk udara.Kita tahu dengan cuaca yang begitu terik, jadi kita nak beri keselesaan kepada mereka untuk digunakan oleh frontliner yang berkhidmat di PKPD ini,”
Sementara itu, Rangkaian Restoran Mohd Chan, menyumbangkan sejumlah 300 pek makanan sebagai tanda prihatin kepada petugas dan penghuni sekitar PKPD ini.
Bantuan seumpama ini pernah dilakukan Rangkaian Restoran Mohd Chan sebelum ini iaitu di PKPB di Kajang.
Manakala pada PKP di seluruh negara lalu, ribuan pek makanan siap dimasak juga disalurkan kepada barisan hadapan dan penduduk di kawasan terjejas.
Menurut, Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Mohd Fazil Ng, pek makanan itu adalah sumbangan daripada orang ramai kepada Persatuan Kebajikan Mohd Chan dan Yayasan Mualaf Malaysia.
“Kami berharap insyaAllah akan datang selepas ini untuk sama sama santuni apa yang kami boleh membantu barang makanan sebab kami jual makanan yang terdaya’’
Difahamkan seramai 1,000 penduduk sekitar terkesan dan juga kepada petugas barisan hadapan di kawasan ini.
Sumbangan kedua-dua pihak disampaikan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Noradzilah Noroden bagi pihak Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat.
Turut hadir pemilik Rangkaian Restoran Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah, Pengarah Mohd Chan Food Sdn Bhd Datuk Muhammad Nik Chan Muhammad Chan dan Pengerusi Yayasan Mualaf Malaysia, Sheila Lama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button