KesihatanSemasa
Trending

MAPIM Malaysia Sumbang 10,000 pek makanan kepada petugas COVID19

Bukti Rakyat Malaysia zahir sokongan "Dari Ummah Untuk Ummah"

KAJANG – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) hari ini memaklumkan akan membuat sumbangan 10,000 pek makanan khusus kepada petugas kesihatan yang menguruskan pesakit COVID19, anggota Polis yang bertugas dilapangan, anggota RELA lapangan dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bermula 20 Mac 2020 (Jumaat) ini.

1000 Kotak Bantuan Makanan Kepada Asnaf
Dalam masa yang sama juga, MAPIM telah menggerakkan kempen bersama rakan strategik untuk pengagihan Food Pack kepada asnaf yang terkesan dalam suasana sebegini. Mereka ini bagaikan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sudah pasti larangan bekerja ini akan memberi kesan yang besar untuk mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan yang terlalu sukar justeru pihak MAPIM akan bekerjasama dengan Pusat Urus Zakat Negeri dan juga APM Negeri untuk edaran bantuan ini bermula sabtu ini.

Gambar Bantuan kepada Asnaf dilakukan oleh aktivis MAPIM pada ramadan lalu

 

Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Semua bantuan 10,000 pek makanan pula akan diedarkan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas kefahaman larangan pergerakkan yang telah dikuat-kuasakan. MAPIM juga menegaskan tidak akan menggerakkan aktivistnya namun mengarahkan anggotanya yang ditauliah sebagai pasukan bersekutu Angkatan Pertahan Awam Malaysia sahaja untuk bertugas. Setiap hari 1,000 pek makanan akan diedarkan mengandungi makanan siap masak, roti, snek, minuman kotak dan buah-buahan.

Bantuan kepada asnaf yang digerakkan oleh Aktivis serta sukarelawan MAPIM – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum krisis wabak COVID19

Kita lalui pengalaman di medan perang dan suasana darurat dipelbagai negara seperti Syria, Gaza, Sudan, Palu-Indonesia, justeru memahami limitasi dan bebanan tugas yang dilalui oleh para petugas kesihatan dan anggota keselamatan negara, MAPIM Malaysia terpanggil untuk bertindak proaktif dengan kerjasama APM. Mereka ini adalah wira negara! justeru kita tidak mahu mereka dahaga dan lapar dalam menjalankan tugas yang sungguh mencabar ini! Usaha kerdil ini adalah mewakili rakyat Malaysia yang prihatin dan satu hati bahawa bantuan ini bersifat ‘Dari Ummah Untuk Ummah’

– Kata (Dr) Sani Araby Al-Kahery yang merupakan Ketua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia dan juga penasihat bencana & krisis antarabangsa pasukan Khas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Rutin kerja gudang MAPIM Malaysia – Proses penyediaan kotak bantuan makanan kepada Asnaf yang dilakukan sebelum perintah ‘Restricted Movement’ dilaksanakan

 

Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19
MAPIM Malaysia juga mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dan barangan stok makanan seperti beras, sardin, roti, tepung,dan lainnya untuk dapat diagihkan kepada fakir miskin serta golongan yang sangat memerlukan saat-saat begini.

MAPIM Malaysia menjemput rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin menyalurkan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19 ini bolehlah infaq online menerusi www.bantuummah.com  atau infaq menerusi akaun Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066)

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi aplikasi whataaps seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button