Kemanusiaan
Trending

MAPIM Buka Ladang Ummah Bantu Ubah Kehidupan Asnaf & Fakir Miskin dalam negara

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia bakal buka 2 buah ladang ternakan dan tanaman di Kedah dan Pahang.

Ketua Aktivist MAPIM Malaysia , (Dr) Sani Araby Dato’Abdul Alim Araby menjelaskan ladang yang akan ditanam tumbuhan seperti nenas md2, pisang, timun, rock mellon serta tanaman kontan lain akan ditanam di tanah seluas 50 ekar.

Manakala di Temerloh pula kita bakal mengusahakan Ladang Ummah seluas 100 ekar untuk ternakan lembu dengan sasaran 500 ekor.

Semua projek ini akan diusahakan dengan memberi pekerjaan dan latihan kepada ketua keluarga Asnaf serta fakir miskin yang dipilih khas untuk menjalani program bersepadu pembangunan ‘Misi Ubah Asnaf kepada Pembayar Zakat’ ini.

Alhamdulillah ramai pakar dan yang berpengalaman luas dalam bidang ini mengubungi untuk memberikan khidmat serta bersama menjayakan.

Projek ini juga bertujuan untuk mengubah nasib keluarga Asnaf serta faqir miskin dalam negara. tambahnya.

Ikuti perjalanan misi MAPIM membantu ummah dalam laman Facebook MAPIM dan Youtube MAPIM Malaysia.

"Kita akan' tune' mereka sebagai Asnaf yang menerima zakat kepada keluarga cemerlang yang menjadi Pembayar Zakat! Insyallah Allah bersama kita, kejayaan menanti" – (Dr) Sani Araby Al-Kahery, Ketua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia TIADA PUTUS ASA UNTUK MELIHAT SAUDARAKU DISANTUNI DAN DIBANTU UNTUK UBAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA_______________________________________Insyallah saya asaskan dan sedang mengetuai satu projek pembangunan bersepadu Asnaf untuk Ummah dalam negara setanding dengan kejayaan projek-projek diluar negara seperti pembinaan bandar Ummah seluas 18 hectar di Azaz, Syria!Kita bakal lancarkan beberapa project jangka panjang yang multiple high-impact dan akan menjadi contoh rujukan kepada pembangunan asnaf dalam dan luar negara. Justeru untuk fasa permulaan ini, kita akan lancarkan#ProjekLadangUmmah- pembukaan 100 ekar Ladang Ummah #1 (Temerloh) untuk ternakan lembu dengan kapasiti 500 ekor lembu untuk pasaran tempatan dan qurban.- pembukaan 50 ekar Ladang Ummah #2 (belum finalize tempat) untuk penanaman kontan dan buahan- peluang pekerjaan dan khidmat latihan diberikan kepada Asnaf dan Fakir miskin termasuk penginapan sekeluarga mengikut modul yang akan saya dan team sediakan- Pembukaan Ladang Ummah #3 (Kedah) untuk tanaman dan penternakan. #ProjekPerkampunganUmmah- insyallah akan mulakan pembinaan 50 buah rumah pusat pembangunan asnaf dengan kaedah wakaf- perkampungan ini akan diselia secara langsung oleh team kita mengikut modul yang diasaskan. juga dilengkapi dengan pusat perniagaan serta latihan penternakan serta lainnya.- 50 keluarga Asnaf terpilih akan dilatih secara langsung#MerhabaStoreAndWholesaleInsyallah kita bakal bergandingan dengan beberapa syarikat Bumiputera Muslim yang hebat untuk membuka pusat pemasaran MerhabaStore yang memasarkan produk asas runcit termasuk memberi keutamaan produk pembayar zakat dan produk dari Ladang Ummah kita sendiri. Istimewanya pekerja yang ada adalah dari golongan Asnaf yang dilatih untuk menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan yang akhirnya dapat menjadi pembayar zakat terbesar.#JalinKerjasamaSaya sangat mengalu-alukan kerjasama peribadi, organisasi, pertubuhan, syarikat mahupun agensi serta pihak kerajaan. Terlalu banyak kepakaran langsung pengalaman penternakan, khidmat bantuan prosedur tempatan sehinggalah ke peringkat kerjasama rakan ngo dalam dan luar yang diperlukan untuk menjayakan projek bersepadu ini. Formula kejayaannya adalah 'Ummah Bantu Ummah' Sehingga kini kita sudah dapat permohonan untuk jalinan kerjasama dengan beberapa ngo Turkey dan UK. Tidak kurang juga saya dihubungi pihak ngo dalam dan luar negara yang nyatakan hasrat untuk bersama dalam projek ini selepas mereka selalu ikuti perkembangan kejayaan projek lain di Gaza, Palu dan Syria serta amnya luar negara.#ApaJadiDenganFokusLuarNegaraInsyallah jangan risau, '365HariAkuUntukUmmah' juga memenuhi amanah dalam dan luar negara. Selepas selesai 'Follow-Up Mission' ini, saya akan mengetuai Misi Kemanusiaan RescueSyria yang dijangkakan dalam 2 minggu lagi. Begitu juga team lain akan mula terbang untuk menyelia projek yang telah dan sedang lakukan diserata dunia. Mohon doa dan sokongan dari sahabat serta seluruh dunia agar setiap perjalanan kita ini diredhai serta dipermudahkan oleh Allah,memberi manfaat berganda kepada Ummah dengan setiap usaha kerdil kita bersama ini.#365HariAkuUntukUmmahUntuk semua diatas, saya wakafkan diri bersama team yang dedikasi untuk laksanakan amanah besar ini. Sokongan daripada sahabat sekalian akan jadikan kerja ini penuh dengan magic kejayaan yang manis untuk dikenang dan tatapi bersama. (Dr) Ahmad Sani ArabyKetua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia________________________#FollowUpMissionMemulakan 'Follow-Up Mission' selepas kejayaan luar jangka melaksanakan Jelajah Peduli Ummah (siri Utara) yang lalu, kali ini misi diteruskan dengan pelbagai objektif penting manfaat Ummah seperti:▪️membaiki 10 rumah asnaf & fakir▪️ melawat tapak cdgn Ladang Ummah 1▪️ melawat tapak cdgn Ladang Ummah 2▪️ melawat tapak cdgn Perkampungan Ummah (50 Rumah Asnaf MAPIM Malaysia)▪️Hantar kotak bantuan Asnaf▪️ Mesyuarat khas jalin kerjasama Agensi dan Ngo tempatan#FollowupMissionUmmahBantuUmmahini akan berlangsung selama 10 hari dan meliputi 8 wilayah utama melibatkan pelbagai tujuan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), IPSI dan Ummah Rangers (GTU)▫️ Temerloh, Pahang ▫️ Jerantut, Pahang ▫️ Lenggong, Perak▫️ Sik, Kedah▫️ Kodiang, Kedah▫️ Baling, Kedah▫️ Alor Star, Kedah▫️ Penaga, Pulau Pinang#KasihMengasihi"Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” -Riwayat al-Bukhari#AyuhKitaBantujayakan semua projek dan program santuni Ummah dalam negara menerusi Misi Ummah Bantu Ummah yang digerakkan oleh MAPIM Malaysia ini. Pihak MAPIM telah menyediakan beberapa projek untuk manfaatkan Ummah secara berganda antaranya adalah:- Bantuan Kotak Makanan Asas- Khidmat Double-Decker Mobile Clinic- Bantuan Baiki rumah Asnaf- Bantuan Pembinaan Rumah Wakaf Asnaf- Bantuan Penjanaan Ekonomi untuk Asnaf- Projek Hadiahkan Naskah Terjemahan Al-Quran dalam 10 bahasa kepada saudara bukan Islam- Projek Bantuan Saudara Baru Kita- Dan banyak lagi“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)#MisiUmmahBantuUmmah2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIMMAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:▶️ www.BantuUmmah.com▶️ www.BantuUmmah.com▶️ www.BantuUmmah.comATAUmenerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.

Posted by Ahmad Sani Araby on Tuesday, June 9, 2020

 

Disamping itu pihak MAPIM Malaysia sedang menjalankan #FollowupMissionUmmahBantuUmmah
yang berlangsung selama 10 hari dan meliputi negeri Pahang, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), IPSI dan Ummah Rangers (GTU) sebagai program lanjutan selepas kejayaan Jelajah Peduli Ummah (Siri Utara) yang lepas. Untuk maklumat, sebanyak 10,000 keluarga telahpun mendapat manfaat kotak bantuan yang diagihkan sepanjang PKP dan Ramadhan lepas.

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

1. www.BantuUmmah.com

ATAU

2. menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button