PalestinSemasa

MAPIM anjur muzakarah ulama tergempar bincangkan deklarasi terkait fatwa sedunia isu membela Palestin

Shah Alam : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), telah mengadakan Majlis Muzakarah Ulama Tergempar bagi membincangkan berkenaan deklarasi terkait fatwa sedunia isu membela Palestin.

Antara agenda muzakarah adalah untuk menetapkan pendirian Ulama Malaysia khususnya dan nusantara amnya. Kemudian apakah tindakan lanjut terkait peranan Ulama dalam isu terkini Palestin. Perkara ini perlu jelas supaya rakyat secara umumnya faham dan sedar akan peranan ulama.

Selain itu muzakarah turut mahu membuat satu penyataan tegas Ulama kepada umat Islam dan pemimpin negara Islam mengenai kewajiban mempertahankan Masjjid Al Aqsa dan membebaskan Baitul Maqdis. Selain melanjutkan penyataan ulama kepada badan-badan Islam antarabangsa.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, “Semangatnya nampak kuat, kita ada beberapa persatuan dan ada beberapa tokoh-tokoh ulama dan nampak gayanya mereka juga sedang ambil perhatian pada apa yang MAPIM buat, mereka nak mencari jalan untuk supaya suara yang kita rumuskan ini dapat kita angkat ke atas kerajaan Malaysia, akan ada lagi acara kita nak menyemarakkan untuk membantu pembebasan Palestin. Itu rumusan yang kita dapat tadi.”

Sebelum ini satu  fatwa hukum Syara’ telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang mewajibkan campur tangan tentera dalam kalangan negara Islam khususnya sebagai tentera pendamai di Semenanjung Gaza, Palestin.

Yang mana menurut Mohd Azmi, “Fatwa ini menegaskan kewajipan agama kepada seluruh umat Islam terkait membela Palestin yang ditindas dan golongan ‘mustadhafin’ (dhaif).”

Related Articles

Back to top button