Semasa

Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

SHAH ALAM : Kompleks Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di ini yang sebelum ini telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 akan dibuka semula Isnin ini.

 

HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

“Ia merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

 

HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.

 

-BERNAMA

 

Related Articles

Back to top button