PolitikSemasa

Malaysia Beri Mandat – Barisan Menteri Dilantik Harus Buktikan Mereka ‘A cabinet that delivers’

Lantikan baru lebih berfokus, dijamin berintegriti bebas korupsi

Rakyat Malaysia sekali lagi bakal melihat satu sejarah baru akan dilakarkan berikutan pengumuman pelantikan barisan kabinet menteri daripada Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac melalui satu sidang media khas.

Dalan ucapannya Tan Sri Muhyiddin menyatakan keputusan yang dibuat adalah hasil ijtihad (kajian secara mendalam) bersama rakan-rakan pimpinan dari parti-parti gabungan bagi melantik jemaah menteri yang bakal berkhidmat dengan lebih berfokus dan berkesan mengikut kepakaran bersesuaian dengan portfolio masing-masing.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang (President PAS) bersama ahli parlimen Umno dan lainnya

Kelainan yang memberi aspirasi baru 

Buat kali pertama di dalam sejarah Malaysia rakyat menyaksikan satu saf pentadbiran yang berlainan daripada pimpinan-pimpinan terdahulu. Antaranya adalah apabila Perdana Menteri tidak melantik Timbalan Perdana Menteri sekaligus meletakkan empat (4) orang menteri kanan untuk memangku tugasan ketika ketiadaannya iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pendidikan.

Selain daripada itu, pemilihan jemaah menteri ini ternyata telah mengambil kira ciri-ciri kepimpinan yang lebih berintegriti apabila kesemuanya lulus tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bebas dari senarai dakwaan jenayah di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ianya juga memberi nafas baru dalam strategi pemerintahan dan bersifat dinamik dengan meletakkan ahli teknokrat dan agamawan yang dilihat berpotensi untuk memegang jawatan menteri walaupun tiada penglibatan politik.

Saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

– YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ini memberi gambaran bahawa kerajaan gabungan kali ini lebih mengutamakan kepakaran dan keperibadian individu berbanding kepentingan posisi individu tersebut di dalam parti.

Pengkhususan portfolio yang lebih menjamin mutu perkhidmatan

Tan Sri Muhyiddin kali ini mengambil pendekatan yang agak berbeza apabila membuka lebih banyak penjawatan berbanding kerajaan lalu. Di bawah kepimpinan beliau telah diwujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi setelah berada di bawah Kementerian Pendididikan sebelum ini. Selain daripada itu, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Alam Sekitar juga telah diwujudkan bagi mentadbir isu-isu berkaitan keharmonian penduduk pelbagai kaum dan budaya serta kelestarian alam sekitar di Malaysia yang kian diancam dengan pelbagai bentuk pencemaran dan kemusnahan.

Disifatkan komposisi Menteri & Timbalan Menteri yang ‘banyak’ namun merupakan strategi untuk urus tadbir yang lebih terbaik

Selain daripada itu, kerajaan baru ini juga dilihat bersedia untuk memberi komitmen yang lebih jitu kepada rakyat di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi janji sebagaimana yang telah lama termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 apabila portfolio khusus diwujudkan dan dinamakan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri. Ini bukan sahaja membuka lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak malah membolehkan pelaksanaan dasar pembangunan di kedua-dua negeri dengan lebih efisien apabila tersedianya platform yang lebih khusus.

Lantikan ‘Teknokrat’ Sohibul Somahah Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama & Mantan Group CEO CIMB dilihat satu langkah yang sangat bijak

Walaupun terdapat pendapat yang mengatakan lambakan penjawatan dalam jemaah menteri boleh menjurus kepada satu pembaziran, tetapi melihat kepada isu yang semakin banyak menimpa negara, rakyat memerlukan tenaga pakar yang khusus yang bukan sahaja boleh merangka strategi malah memperhalusi setiap tindakan dan hasil tanpa perlu melalui terlalu banyak lapisan birokrasi akibat daripada pertindihan fungsi di peringkat jabatan dan agensi.

Secara keseluruhan, berikut adalah senarai jemaah menteri yang terbaru.

Komposisi pentadbiran ini diharapkan akan memberi perubahan yang jauh lebih baik dalam meningkatkan pencapaian Malaysia secara keseluruhan serta menangani isu dengan lebih cekap agar dapat melahirkan rakyat Malaysia yang lebih sejahtera, matang dan berdaya maju dalam menuju Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Ilham Azmi
(Journalist UmmahToday & Aktivist MAPIM Malaysia)

Kredit foto:
Berita Harian & NST

 

0%

User Rating: 4.57 ( 3 votes)

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button