DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM laksana tanggungjawab sosial kepada warga PPR Pantai Ria

PANTAI DALAM : Sudah hampir enam bulan Mobile Clinic MAIWP-MAPIM beroperasi hampir ke seluruh kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Terkini, giliran penduduk PPR Pantai Ria yang berlokasi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur menerima kehadiran bas klinik bergerak dua tingkat itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR tersebut, Haji Mohd Razi Mohd Razali, beliau amat berterima kasih kepada pihak Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kerana telah melaksanakan tanggungjawab sosial kepada komuniti PPR Pantai Ria ini.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak MAPIM yang sudi turun ke kawasan kami bagi program Mobile Clinic yang sangat-sangat memudahkan urusan mereka yang berhasrat untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran kalian, dengan adanya bas ini, kami tak perlu beratur panjang untuk menunggu giliran dan diharapkan pihak MAPIM boleh datang lagi ke kawasan kami pada masa akan datang,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Seramai 50 orang yang hadir mendapatkan perkhidmatan tersebut dan kebanyakan dari mereka memberikan respon yang positif mengenai inisiatif ini.

Dalam masa yang sama, kehadiran MAIWP-MAPIM ini bukan sahaja untuk memberikan kemudahan, malah untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL 

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button