Covid19DuniaSemasa

Lubnan arah tutup pub, kelab malam

Perintah berkurung kembali di Beirut

LUBNAN : 170 perkampungan dan bandar di Lubnan akan melalui perintah berkurung selama seminggu bermula hari ini sehingga 19 Oktober.

Pelaksanaan perintah berkurung itu terpaksa dilaksanakan disebabkan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negara itu.

Sementara tu, pub dan kelab malam, juga diarah ditutup sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Seminggu sebelumnya, perintah berkurung dilaksanakan di 111 perkampungan dan ada di antaranya termasuk dalam perintah yang terbaharu.

Menteri Kesihatan, Hamad Hassan berkata Sabtu lalu, 1,388 kes baharu Covid-19 dicatat menjadikan kes kepada 52,558 manakala kes maut ialah 455 orang.

Jumlah kes positif terus meningkat sejak letupan kuat di pelabuhan Lubnan kerana ramai yang terbunuh dan cedera, selain ramai orang dan keluarga mangsa mengunjungi hospital-hospital, majlis pengkebumian mangsa serta protes di jalanan.

Malah pembukaan semula lapangan terbang antarabangsa juga menjadi salah satu penyebab peningkatan kes.

Pada 21 Ogos lalu, perintah berkurung telah dikenakan di Lubnan namun bantahan daripada sektor ekonomi menyebabkan hanya seminggu sahaja perintah itu bertahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button