Sukan

Liga Maldives diadili 4 pengadil Malaysia

Perkembangan terbaik buat Malaysia

KUALA LUMPUR : Dunia sukan negara terus mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa apabila Liga Profesional Maldives musim 2020/2021 bakal diadili oleh empat pengadil dari Malaysia.

pemilihan 4 pengadil Liga Maldives pic: Fb Malaysian Football League

Empat pengadil berkenaan adalah Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah yang juga pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain Mohamad Faizudin Ismail, Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi Supian dan Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman.

Pemilihan keempat-empat pengadil ini, sekali gus mengangkat kembali reputasi barisan pengadil tempatan selepas mutu pengadilan sering mendapat kritikan susulan prestasi kurang memuaskan segelintir pengadil kebangsaan.

Liga Perdana Dhiraagu Dhivehi kelolaan Persatuan Bola Sepak Maldives itu disertai lapan pasukan.

Ihsan FB FAM

Keempat-empat pengadil kebangsaan yang dipilih FAM susulan undangan badan induk bola sepak Maldives itu, dijadual berada di negara kepualauan berkenaan dari 8 Desember hingga 31 Januari tahun depan.

Namun, tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan berdasarkan persetujuan kedua-dua badan induk itu.Difahamkan, prestasi empat pengadil itu akan dipantau rapi FAM melalui Unit Pengadil badan induk itu.

  • Muhammad Arshad Bin Azmi (Pelatih UiTM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button