Sukan

Liga-M diteruskan 26 Ogos, tapi tiada penonton

KBS akan minta nasihat KKM

KUALA LUMPUR –  Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  keputusan itu diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi.

Beliau berkata pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penganjuran semula Liga-M ekoran peningkatan jumlah kes COVID-19 di dalam negara ketika ini.

Liga-M 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas akibat penularan COVID-19 akan bermula pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Premier manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 Okt.

  • Bernama

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button