Covid19Dunia

Arab Saudi lulus penerima vaksin Sputnik tunai haji dan umrah

MOSCOW : Vaksin Sputnik telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi sebagai syarat kemasukan pelancong atau pengembara luar.

Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF) dalam satu kenyataan berkata kerajaan Arab Saudi meluluskan kemasukan individu yang mendapat suntikan vaksin keluaran Russia, Sputnik V mulai 1 Januari 2022.

” Golongan Muslim di seluruh dunia yang mendapat suntikan vaksin Sputnik V bakal berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah susulan kebenaran yang telah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Pelancong asing yang mempunyai rekod vaksinasi Sputnik V dan ingin memasuki Arab Saudi bagaimanapun masih perlu menjalani kuarantin selama tempoh 48 jam serta mengambil ujian RT-PCR,” katanya.

Dalam pada itu, ujian klinikal berskala besar-besaran mencetuskan rasa kebimbangan dalam kalangan pakar berikutan berhubung proses ‘jalan pintas’ sebelum pihak Russia mendaftarkan vaksin tersebut.

Namun, laporan yang diterbitkan jurnal perubatan The Lancet menunjukkan ramuan pelalian itu diisytiharkan selamat dan mempunyai keberkesanan melebihi 90 peratus,

Vaksin dibangunkan Russia bagaimanapun belum mendapat pengesahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau pihak berkuasa perubatan Kesatuan Eropah (EU) dan AS.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button