Ekonomi

KWSP jual lagi saham Top Glove, tinggal 5% kepentingan

Selepas 2 bulan, muncul pemegang utama saham

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual 7.36 juta lagi saham dalam Top Glove Corporation Bhd.

Top Glove dalam kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, saham itu dijual pada 1 Disember lalu melalui empat transaksi, namun nilainya tidak didedahkan.

Susulan penjualan terbaharu itu, KWSP kini hanya mempunyai 458.8 juta saham atau 5.72 peratus kepentingan dalam pengeluar sarung tangan berkenaan.

Sejak tarikh itu, KWSP menjual kepentingannya dalam Top Glove setiap hari.

Kaunter Top Glove, yang melonjak beberapa kali ganda sejak awal tahun ini, susut 13 sen atau 1.92 peratus untuk ditutup pada RM6.65 sesaham hari ini.-BH

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button