Dunia

Angka kematian Semeru meningkat kepada 34 orang

JAKARTA : Jumlah kematian dalam kejadian letusan Gunung Semeru di Indonesia telah meningkat kepada 34 orang, menurut agensi bencana kebangsaan.

Ribuan penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat gunung terbesar di pulau Jawa itu memuntahkan lahar dan mengeluarkan abu yang tebal ke udara.

Gunung terbesar di pulau Jawa itu mengeluarkan abu yang menjulang ke udara Sabtu lalu dan memuntahkan lahar, menyebabkan ribuan penduduk panik dan meninggalkan rumah mereka.

“Maklumat terkini dari lapangan melaporkan 34 maut, 17 masih hilang,” kata jurucakap agensi bencana, Abdul Muhari.

Bencana itu menyebabkan seluruh jalan dipenuhi lumpur dan abu, yang ‘menelan’ rumah dan kenderaan penduduk  dan hampir 3,700 orang dipindahkan dari kawasan yang terjejas.

Pasukan penyelamat bergelut dalam situasi berbahaya sejak letusan gerapi itu berlaku, bagi mencari mangsa yang terselamat dan mayat dalam serpihan letusan gunung, bangunan yang rosak dan kenderaan yang musnah.

Anjing pengesan turut digunakan hari ini bagi membantu operasi menyelamat.

Gunung Semeru kekal aktif sejak Sabtu lalu, dengan letusan kecil masih berlaku, menyebabkan pekerja kecemasan dan penduduk di kawasan itu dalam keadaan berjaga-jaga.

Pihak berkuasa memaklumkan, terdapat tiga letusan kecil hari ini, yang setiap satunya memuntahkan abu sejauh kira-kira satu kilometer (km) ke udara.

Sebelum ini, Ummah Today melaporkan gunung berapi Semeru yang berketinggian 3,676 meter  di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada Sabtu lalu sehingga mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh penduduk sekitar lari menyelamatkan diri.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi memaklumkan kepulan abu mencecah jarak 500 hingga 800 meter dari pusat letusan.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button