Semasa

KL, Putrajaya beralih ke Fasa Dua PPN

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini.Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata Labuan pula akan dijadikan seperti Pulau Langkawi, Kedah yang dibuka semula kepada program gelembung pelancongan mulai 16 September ini.

Justeru itu, beliau yang juga Pengerusi Pusat Pengurusan Krisis COVID-19 (CCMC) Wilayah Persekutuan, mengingatkan masyarakat khususnya warga kota untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mulai 10 September ini, Wilayah Persekutuan akan masuk ke Fasa Kedua. Labuan sama seperti Langkawi,” katanya dalam laporan yang disiarkan portal, WilayahKu, petang ini.

Related Articles

Back to top button