Covid19KemanusiaanSemasa

‘Kita yang kena cari orang susah’ prinsip yang dikongsi bersama Uncle Kentang dan MAPIM Malaysia

Biar kita yang mencari

Puchong : Sekiranya kita mahu laju kita bergerak sendiri, tetapi sekiranya kita mahu bergerak jauh kita perlu berjemaah. Itulah antara prinsip yang dipegang oleh MAPIM Malaysia. Dalam kerja kebajikan,bergerak secara berjemaah akan memberikan kesan dan impak yang lebih besar.

Atas prinsip itu MAPIM Malaysia mengadakan perjumpaan mesra di pejabat baru Uncle Kentang bagi membincangkan peluang untuk berkolabrasi pada masa hadapan.

Perjumpaan mesra itu diketuai oleh Puan Marina Sulaiman bersama dengan tim Media MAPIM Malaysia.

Antara projek yang sudah lama Uncle Kentang laksanakan adalah, ‘Di manamu’. Sekiranya sebelum ini rancangan ‘Bersamamu’ sangat popular, Uncle Kentang menggunakan pula nama yang lebih terus kepada maksud, ‘Di manamu’. Di mana orang-orang susah itu berada?

“Kita nak tolong orang, kita yang kena cari orang yang susah itu. Paling tidak orang susah itu senang cari kita. Nombor telefon kita mesti jelas dan senang orang nak hubungi.” Uncle Kentang.

Dalam projek ‘di manamu’ pasukan Uncle Kentang akan membuka meja pendaftaran di kawasan-kawasan yang sudah dipastikan ramai yang memerlukan seperti golongan asnaf.

Selain mencari orang susah yang benar-benar mahu dibantu, ia juga adalah untuk mengurangkan karenah birokasi.

Menurut Uncle Kentang “Kita tolong orang tak tengok parti,tak tengok agama, tak tengok bangsa. Kita tolong semua orang.”

Tambah Uncle Kentang, “Ini juga untuk kita merekod data orang susah di kawasan itu. Kalau di flat kita akan tahu berapa ramai orang susah tinggal di situ. Lumpuh, asnaf, sakit. Jadi kalau terjadi apa-apa senang.”

MAPIM Malaysia melalui Puan Marina Sulaiman berkata, “MAPIM Malaysia juga menjemput Uncle Kentang untuk Wisma MAPIM dan ke gudang MAPIM, Ummah Central Warehouse. Mungkin akan terbuka lebih banyak idea dan peluang untuk kami di MAPIM berkongsi kemudahan bagi sama-sama membantu ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan.”

Rutin kerja gudang MAPIM Malaysia – Proses penyediaan kotak bantuan makanan kepada Asnaf yang dilakukan sebelum perintah ‘Restricted Movement’ dilaksanakan

‘Di manamu’ juga mirip dengan program Ummah Bantu Ummah yang digerakkan oleh MAPIM. Kemungkinan untuk bergerak bersama itu sangat cerah.

Terdahulu, MAPIM Malaysia sudah melaksanakan Misi Ummah Bantu Ummah pada tahun 2020, dan ia akan diteruskan pada tahun 2021 dalam skala yang lebih menyeluruh dan tersusun.

Foto : Tim Media MAPIM – Aimie Ramli / Alaa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button