Covid19KemanusiaanSemasa

Khemah tugas hempap kepala polis!

Sedang berteduh ketika hujan lebat

KUALA LUMPUR :  Seorang anggota polis trafik cedera selepas dihempap khemah ketika menjalankan tugas menjaga kawalan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Duta.(15/11) ini.

Khemah yang didirikan di Tol Duta menghala masuk Pusat Bandar tiba-tiba runtuh dalam hujan lebat dan menimpa kepala Kopral Nazmi Abdullah dari Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT KL yang sedang berteduh di dalamnya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hujan lebat berserta angin kuat petang tadi menyebabkan khemah di sekatan jalan raya di lokasi berkenaan ranap.

“Anggota berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kisah polis dengan gambar berdarah di kepala tular di media sosial.
Netizen juga mendoakan Nazmi segera sembuh tidak kurang juga yang prihatin terhadap tugas barisan petugas hadapan negara. – FB PDRM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button