Semasa

Keutamaan & kesejahteraan rakyat di puncak utama

PGSM yakin DYMM akan pertimbang apa jua keputusan

KUALA LUMPUR : Persatuan Peguam Syarie Malaysia, PGSM, percaya bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah akan meletakkan keutamaan dan kesejahteraan rakyat di puncak utama dalam mempertimbangkan apa jua keputusan yang akan dibuat.

Susulan itu, PGSM percaya bahawa kuasa untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat adalah kuasa khas yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada KYDMM SBP YDP Agong berdasarkan Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 150.

(1)     Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2)     Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PGSM, Musa Awang, persatuan itu menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memutuskan sama ada wajar atau tidak suatu Proklamasi Darurat dikeluarkan, dengan mengambilkira faktor keselamatan, kesihatan, ekonomi dan ketenteraman awam, khususnya apabila melibatkan kes-kes Covid-19 di negara ini yang meningkat secara mendadak.

PGSM yang menghubungi UMMAHTODAY  juga menegaskan bahawa semasa dalam tempoh Proklamasi Darurat berkuatkuasa, apa-apa undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; atau yang berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa. [Perkara 6A Perlembagaan Persekutuan].

PGSM juga percaya Seri Paduka Baginda akan meletakkan keutamaan dan kesejahteraan rakyat di puncak utama dalam mempertimbangkan apa jua keputusan yang akan dibuat.

*Kenyataan ini dibuat sebelum ketetapan dinyatakan dalam Kenyataan Media dikeluarkan oleh Istana Negara.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button