DuniaKemanusiaanPalestin

Ketegangan memuncak di Semenanjung Gaza, masuk hari ke-10

Tentera rejim ancam tingkatkan tindakan ketenteraan

Ketegangan terus memuncak di Semenanjung Gaza.

Sepanjang sepuluh hari berturut-turut, bumi Gaza terus disentak dengan pengeboman udara tentera rejim Zionis.

Tindakan pengeboman udara itu dilakukan di kawasan dikuasai Hamas selepas roket Palestin didakwa membedil selatan Israel.

Terbaru puak rejim memberi amaran Hamas jangan mengundang perang,  sekiranya serangan balas ke atas mereka tidak dihentikan.

Melihat kepada situasi ini yang semakin tegang sejak serangan balas 6 Ogos lalu,  nasib Gaza terus dipersoal.

Malah perjanjian mengnormalkan hubungan di antara Emiriah Arab Bersatu, UAE, dan Israel baru-baru ini seolah tidak membawa keuntungan kepada Gaza.

Janji Israel  ‘menghentikan penaklukan di wilayah Palestin’  sekadar janji.

Hakikatnya malam tadi adalah malam ke-10 Semenanjung Gaza terus dikejutkan bom udara tentera rejim.

Gambar dari ciapan Twitter @PalestinianEve menunjukkan pengeboman udara malam tadi.

sumber: @PalestinianEve

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan, berkata pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas.

Sebelum ini, Jurucakap tentera rejim berkata, sistem Iron Dome  tentera berjaya memintas sembilan daripada 12 roket yang dilancarkan dari Gaza dalam siri serangan balas kedua-dua pihak.

Presiden Israel, Reuven Rivlin, memberi amaran itu ketika melawat pasukan bomba di kawasan sempadan, yang memaklumkan kepadanya hampir 40 kebakaran berlaku akibat serangan bom menggunakan belon itu.

Israel mendakwa perbuatan melancarkan serangan menggunakan belon atau layang-layang ini adalah tindakan pengganas.

“Jika perang yang mereka mahukan, maka kita akan berperang,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat Presiden semalam.

Sementara itu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu  pada Khamis lalu mengeshakan tenteranya telah membalas serangan selama 10 hari berturut-turut, dan sekiranya tindakan ini tidak dihentikan, Netanyahu tidak teragak-agak mempertingkatkan tindakan ketenteraan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai keselamatan Mesir dikatakan menjadi pengantara selepas serangan terbaru itu apabila cuba berunding dengan kedua-dua pihak bagi meredakan ketegangan selama lebih seminggu ini.

Israel mendakwa serangan bom diikat pada belon dan layang-layang menyasarkan kepentingan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Serangan balas menjadi rutin harian yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

“Sebagai serangan balas, jet pejuang dan aset ketenteraan lain menyerang markas Briged Izz ad-Din al-Qassam di tenggara Gaza,” katanya.

Sementara itu, sumber Hamas memberitahu AFP bahawa pejuang Islam mengadakan perbincangan dengan delegasi Mesir di Semenanjung Gaza kelmarin sebelum bertemu dengan Israel dan pihak berkuasa Palestin. 

Israel mengebom Gaza hampir setiap malam sejak 6 Ogos lalu malah memperketatkan sekatan sempadan selama 13 tahun terhadap dua juta penduduk Gaza.

Nelayan Gaza juga dihalang turun ke laut dan menyekat penghantaran barang yang melintasi wilayah itu, menyebabkan penutupan satu-satunya loji jana kuasa Gaza kerana kekurangan bahan bakar.

Tidak cukup dengan itu, Selasa lalu tekanan dipertingkat ke atas Gaza selepas Israel menutup laluan komersil utama ke Semenanjung Gaza, kecuali untuk bantuan kemanusiaan dan bahan api.

Rejim dalam kenyataannya berkata, ia sebagai balasan pejuang Hamas yang melancarkan roket ke Mediterranean dan belon api ke arah negara Yahudi itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button