Covid19Dunia

Kes jangkitan Covid-19 dunia merosot 3 minggu berturut-turut

Penularan COVID-19 boleh dikawal

GENEVA :  Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gembira kerana jumlah kes baru COVID-19 di peringkat sejagat telah merosot buat tiga minggu berturut-turut pada minggu lalu.

Dalam sidang media harian di Geneva, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kemerosotan itu menunjukkan bahawa penularan COVID-19 boleh dikawal walaupun muncul varian baru virus tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pemerintah-pemerintah agar terus berwaspada.

“Kita pernah mengalaminya sebelum ini. Dalam masa setahun lalu ada ketika hampir semua negara, apabila jumlah kes berkurangan, pemerintah-pemerintah membuka semula kegiatan terlalu cepat dan  virus itu kembali menular dengan pesat,” kata Dr Tedros.  – AFP

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button