Covid19Semasa

Kes baru naik lagi…

Jumlah kes baru Covid-19 dah cecah 4000

KUALA LUMPUR : Seperti yang diramalkan, kes Covid-19 di Malaysia berkemungkinan mampu naik sehingga 5,000 kes pada bulan Mei.

Hari ini, angka kes baharu telah melonjak naik sehingga 4,498 kes. Sekali lagi, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes diikuti dengan Sarawak sebanyak 750 kes.

Kerajaan telah bersetuju untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor berkuat kuasa Khamis (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Sumber – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Enam daerah tersebut adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaupun telah pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan barisan hadapan bagi membendung wabak pandemik Covid-19 namun kes tetap terus naik mendadak.

Dengan pelaksanaan PKP ini, semoga dapat memberikan sinar kepada negara Malaysia untuk mengurangkan kes baru dan rakyat boleh menjalankan kehidupan seperti sediakala.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button