KemanusiaanPolitikSemasaSyria

Kerjasama MAPIM Malaysia dan Agensi Wakaf Kerajaan Turki tanda hubungan politik erat dua negara

Lapan tahun kerjasama

Turki : Tanggungjawab MAPIM Malaysia bukan sekadar menguruskan infaq rakyat Malaysia supaya sampai ke Syria. MAPIM Malaysia turut bertanggungjawab memastikan infaq itu selamat dan sampai ke tangan pelarian Syria.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) (Dr) Ahmad Sani Araby.

Bagi memastikan semua bantuan selamat tiba, pihak MAPIM Malaysia menyediakan lapan gudang simpanan bantuan di Turki. Selain itu ada beberapa gudang tambahan bagi menempatkan barang bantuan yang tidak sempat diedarkan kerana pandemik covid.

Semua itu hasil kerjasama erat antara MAPIM Malaysia dengan agensi wakaf kerajaan Turki, Yayasan Turki Diyanet, TDV, yang dirintis oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) (Dr) Ahmad Sani Araby.

Yayasan Turki Diyanet, TDV ialah agensi rasmi di bawah kerajaan Turki bagi menguruskan bantuan kemanusian. Kerjasama ini membolehkan MAPIM mendapat banyak keistimewaan terus daripada kerajaan Turki.

Kerjasama erat MAPIM Malaysia dengan Yayasan Turki Diyanet, TDV sudah berlangsung selama lapan tahun. Hasilnya, MAPIM Malaysia dapat mengoptimumkan infaq rakyat Malaysia kepada pelarian Syria.

Menurut (Dr) Ahmad Sani Araby, yang kini berada di Syria sebagai Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM Malaysia), “Kerjasama ini juga memberikan MAPIM Malaysia kemudahan untuk keluar masuk dari Turki ke Syria. Ia menjadikan usaha MAPIM Malaysia membantu rakyat Syria menjadi lebih efektif bagi melaksanakan projek infaq seperti bantuan makanan, infaq rumah, masjid, dan sekolah.”


“Hubungan MAPIM Malaysia dan Agendi Wakaf Turki juga bukan sekadar hubungan dua agensi, ia adalah lambang hubungan politik yang erat antara dua negara, Malaysia dan Turki. Jadi, kita bukan bekerja ‘under radar’, tetapi kerja kita memang diiktiraf dan mendapat restu oleh kerajaan Turki. Alhamdulillah. Hasilnya juga, kita boleh mendapatkan harga istimewa untuk membeli dan menyediakan barang-barang keperluan pelarian. Sekiranya ada cukai, kami memohon kerajaan Turki memberi pelepasan cukai kerana semua ini adalah untuk pelarian Syria,” tambah (Dr) Ahmad Sani Araby.

Ini semua adalah komitmen MAPIM Malaysia bagi memastikan setiap dana infaq yang disumbang oleh rakyat Malaysia kepada pelarian Syria, dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

Sumbangan ini masih belum memadai. MAPIM Malaysia memerlukan lebih banyak sumbangan kerana jumlah pelarian yang semakin ramai di sempadan.

INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 wakaf bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf bina sekolah ke-40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
_____________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
______________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com (https://www.rayuansyria.com/)

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987



 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button