DuniaKerohanianSemasa

Kereta rempuh pintu 89 Masjidil Haram

Tiada kehilangan nyawa

MEKAH : [VIDEO]  Sebuah kereta melepasi dua halangan di perkarangan Masjidil Haram dan merempuh pintu 89 Masjid Suci itu.

Video kejadian itu disiarkan Twitter rasmi @HaramainInfo apabila sebuah kereta jenis Hyundai berwarna cerah merempuh halangan Masjidil Haram.

Kejadian berlaku pada jam 10:25 malam waktu tempatan.

Tindakan pantas pihak pengawal masjid harus dipuji.

Beberapa pengawal terus meluru ke arah kereta yang terbabas dan memeriksa sama ada, ada jemaah yang tercedera.

Menurut laporan Haramaininfo, pemandu kereta berkenaan telah pun ditahan di kawasan pembinaan peluasan King Fahad.

Agensi Berita Saudi berkata, pemandu adalah seorang pemuda tempatan, yang memandu laju serta terbabit dengan aktiviti drif.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan di dalam keadaan ini.

Kereta itu kemudian ditolak ke luar oleh pengawal daripada pekarangan Masjidil Haram.

Operasi  di Tanah Suci ini diteruskan seperti biasa.

Netizen mendoakan keselamatan jemaah di Tanah Suci dan memohon Allah melindungi kedua-dua masjid suci.

Tidak kurang juga yang mahu kejadian ini disiasat secara terperinci.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button