DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Kerana isu Palestin, tulisan Arab lama pintas algoritma Facebook

Tiada lagi yang mampu halang perjuangan alam maya demi Palestin

Kecanggihan Facebook dalam menapis segala unsur kandungan yang membabitkan penindasan terhadap Palestin berjaya ditangani oleh pengguna Facebook yang menggunakan tulisan Arab lama dalam hantaran mereka.

Setelah bertahun laman sosial di bawah naungan Facebook iaitu Twitter, Instagram dan Tiktok menutup mata seluruh dunia akan kekejaman Israel, kini, tulisan Arab tanpa tanda titik itu digunakan untuk memperjuangkan nasib Palestin.

kebanyakan syarikat media sosial mempunyai satu algoritma yang digunakan sebagai satu set arahan untuk melindungi atau menyelesaikan sesuatu tugas.

Algoritma digunakan dalam hampir semua tugas pengkomputeran antaranya platform media sosial hingga sistem navigasi untuk mendapatkan carian terbaik dalam jangka waktu pendek.

Justeru itu, syarikat media sosial berkuasa menetapkan algoritma untuk menyaring pangkalan data pengguna mereka dan menandakan sebarang hantaran atau gambar yang mengandungi kata-kata yang dianggap melanggari piawaian komuniti.

Walau bagaimanapun, teknologi moden ini terbukti tidak berkesan terhadap fon Arab lama.

Hal ini terbukti apabila pengguna Facebook membuat satu hantaran berbaur kebencian terhadap pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan ayat :

“Kematian kepada Israel – biarkan algoritma memberi mengawal anda, Mr. Mark.”

Hantaran itu ditulis menggunakan fon Arab lama dan masih ada sehingga kini.

Merujuk pada Pusat Kemajuan Sosial Media Arab (7amleh), sebanyak 500 pelanggaran hak digital Palestin berjaya didokumentasikan sejak 6 Mei 2021 hingga 19 Mei 2021.

Jumlah pelanggaran ini meningkat sejak berlakunya penindasan rejim Zionis terhadap warga Palestin di Sheikh Jarrah dan Masjid Al-Aqsa ketika bulan Ramadan.

Menurut 7amleh, Facebook merupakan sekutu kuat Israel yang bersepakat untuk menyekat segala maklumat mengenai penindasan Israel terhadap Palestin.

Rabu lalu (19 Mei 2021) seorang pekerja Google berbangsa Yahudi menulis surat kepada Ketua Eksekutif Google, Sundar Pichai, mengarahkan beliau untuk mengeluarkan kenyataan mengenai kezaliman Israel di Gaza sehingga mengorbankan ribuan mangsa yang tidak berdosa.

Surat itu juga meminta Google dan barisan eksekutif melindungi dan menyokong kebebasan bersuara dengan menekankan bahawa kritikan terhadap Israel bukanlah anti-semitik.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button