Semasa

Kerajaan minta penjelasan pasangan suami isteri berkahwin di India

Akan dipanggil sekembali ke Malaysia

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique dan suaminya berhubung isu majlis perkahwinan di sebuah kuil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, kedua-duanya akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan yang diterima untuk menukar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara,” –

Beliu mengulas mengenai video perkahwinan wanita itu, Illi Najwa Saddique yang tular di media sosial.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button