Covid19Semasa

Kerajaan Arab Saudi iktiraf vaksin Sinovac

KUALA LUMPUR : Kerajaan Arab Saudi membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac untuk masuk ke negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” katanya.

Dr. Zulkifli turut berkongsi pautan ke laman sesawang Kementerian Kesihatan Arab Saudi https://eservices.moh.gov.sa untuk rujukan permohonan masuk ke negara itu.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai bersama-sama doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan Allah SWT.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca menunaikan haji sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac.

Oleh Pelatih Hafeez Anuar (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Related Articles

Back to top button