DuniaKemanusiaanPolitikSemasa

“Kenapa hantar balik Uighur ke China”?

Tindakan 4 negara ditempelak Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan

Pemerhati Hak Asasi Manusia, HRW, menyatakan kebimbangan terhadap langkah empat negara yang menghantar pulang minoriti muslim Uighur ke Cina.

Penyelidik kanannya, Maya Wang memberitahu CNN, negara berkenaan ialah Turki, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, UAE.

Dakwanya di antara tahun 2018 dan 2020, di Arab Saudi, sekurang-kurangnya seorang Muslim Uighur ditahan dan dihantar pulang selepas mengamalkan Umrah dan Haji di kota suci bagi umat Islam. Seorang lagi ditangkap selepas menamatkan haji dan berdepan untuk dihantar pulang.

“Kebanyakan kerajaan ini tidak mengambil peduli hak asasi manusia. Mereka tidak memberi makna undang-undang dan demokrasi apabila mengusir Uighur.” – Maya Wang / Penyelidik Kanan Human Rights Watch

HRW menekankan pelanggaran hak asasi manusia terhadap Uighur dalam laporannya pada bulan April.

Penindasan pemerintah China terhadap Muslim Turki bukanlah fenomena baru, tetapi dalam beberapa akhir tahun ini telah mencapai tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, lapor HRW.

Laporan setebal 53 muka surat itu,  mendedahkan kerajaan China telah melakukan jenayah kemanusiaan terhadap Uighur dan keturunan Turki-Islam lain di wilayah Xinjiang.  HRW menyebut pemimpin China bertanggungjawab terhadap penahanan beramai-ramai yang dilakukan secara sistematik dan menyeksa mereka. Koordinasi antarabangsa katanya harus bertindak supaya perbuatan itu dihentikan dan menekan Beijing daripada terus memperlakukan sedemikian.

Akhir November lalu, seorang lelaki Uighur mengaku dipaksa memberitahu mengenai Uighur yang lain kepada  penguatkuasa China telah ditemui serius di hospital akibat ditembak di Istanbul.

Minoriti Uighur,  masyarakat etnik berbahasa Turki yang majoritnya Islam berasal dari wilayah barat laut China, Xinjiang. Mereka telah mengalami penganiayaan agama dan etnik oleh pihak berkuasa China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut PBB, lebih daripada satu juta orang telah ditahan di kem tahanan tahun lalu.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Back to top button