KerohanianSemasa

Kembalinya ‘Khadam Quran dan Sunnah’- Sheikh As Sabouni

Pemergiannya pada penghulu segala hari

YALOVA 19  Mac  :   Tokoh ilmu tafsir dan ahli kitab dunia, Sheikh Mohammed Ali As Sabouni meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di Yalova, Turki.

Dilahirkan pada 1930 di daerah Halab, Syria,  Sheikh Mohammed Ali As Sabouni cukup terkenal dengan ulasannya yang mudah dan ringkas dibaca berkenaan dengan Al-Quran. Salah satu tafsir As Sabouni yang paling berpengaruh adalah Tafsir Ayat Al-Ahkam dan juga penerokaan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan keputusan dan hukum.

Sheikh As Sabouni dibesarkan dalam kalangan keluarga terpelajar. Ayahnya, Syaikh Jamil, merupakan salah seorang ulama terulung di Aleppo. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan formal mengenai bahasa Arab, ilmu waris, dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan langsung sang ayah.

Dari zaman mudanya beliau, yang juga Pengerusi Majlis Ulama Syria,  telah berjaya menghafal Al-Quran dan sekaligus bekerjasama dengan beberapa Ulama Syria yang amat terkenal pada waktu itu.

Menurut Obeidullah Boja, penyampai rancangan program Ulama Profile di Radio Islam, katanya umat Islam telah dibiarkan jauh lebih miskin dengan pemergian Syeikh Mohammed Ali As Sabouni.

“Bersandar daripada cendekiawan yang hebat, Ulama yang hebat, orang-orang hebat yang akhirnya  meninggalkan kita pada penghulu segala hari. Kami mendoakan agar Allah mengisi pusaranya dengan nur, Allah menjadikan Al-Quran sebagai temannya dalam kuburnya dan semoga Allah menggantikan  ummah kini dengan para ulama seperti Sheikh Mohammed Ali As Sabouni. ” –  Ml Obeidullah Boja

Pemergian Sheikh Mohammed Ali As Sabouni juga turut dirasai oleh kebanyakan cendekiawan tersohor termasuklah Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, yang mengucapkan takziah di laman sosial Twitter beliau.

Semoga Allah mengasihani saudara kita Sheikh Muhammad Ali As Sabouni, ketua persatuan ulama syria dan salah seorang ulama tafsir yang paling terkenal pada zaman kita. Saya berdoa agar Allah mengampuni dan mengasihani beliau, dan memberi pahala kepadanya untuk Islam dan bangsanya ;  yang terbaik yang memberi penghargaan kepada para pendakwah yang ikhlas dan para sarjana yang bekerja – Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Turut menangisi pemergian Sheikh As Sabouni ialah Datuk Dr.  Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menzahirkan takziah atas pemergian beliau.

Sejujurnya, saya amat mengakui betapa mendalamnya penguasaan almarhum yang saya anggap setara dengan almarhum Syeikh Mutawwali al-Sya’rawi, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Amin al-Syinqiti dalam bidang tafsir. Kepada pencinta almarhum Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni, marilah sama-sama kita mengadakan solat jenazah ghaib. Saya berdoa kepada Allah SWT agar almarhum ditempatkan dalam kalangan para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan soleh. Saya amat sedih dengan pemergian ini. – Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri / Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Berita pemergian Almarhum Sheikh As Sabouni ini juga membawa kedukaan kepada, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia.

Sebagai seorang yang amat dekat dengan keperitan hidup pelarian Syria, pemergian almarhum Sheikh As Sabouni amat menyedihkan dirinya.

Beliau yang sering ke Turki untuk misi kemanusiaan Syria masih merasai cetusan rasa dan harapan Almarhum yang sangat tegas berpesan untuk ummah membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Syria yang kini menjadi pelarian di negara sendiri.

(Dr.) Sani berpeluang menziarahi almarhum di kediamannya beberapa tahun lalu dalam siri misi sukarelawan ke perkampungan pelarian Syria, dan turut menerima buah tangan berbentuk beberapa naskah kitab berjilid hasil penulisan Almarhum sendiri.

Bersama Almarhum di rumahnya di Jeddah beberapa tahun lalu. Beliau sempat beri nasihat dan hadiahkan saya beberapa naskah kitab berjilid hasil karya terkenal beliau – (Dr.) Sani Araby Al-Kahery / Ketua Pegawai  Eksekutif (CEO) MAPIM

Almarhum Sheikh As Sabouni pernah menyebarkan dakwahnya ke Malaysia. Pada usia 93 tahun, semangat dan hikmahnya amat luar biasa.

Beliau juga lantang menentang kekejam kerajaan pimpinan Bashar Al Assad dan menyeru rakyat Malaysia untuk membantu warga Syria dalam apa bentuk bantuan sekalipun.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), mengucapkan takziah atas kehilangan permata ummah ini.

-Al Fatihah

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran Nurshazlin Shahrom.

Related Articles

Back to top button