Semasa

Kemalangan antara dua gerabak LRT

Beratus penumpang cedera, punca masalah teknikal

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan 47 penumpang cedera parah, manakala, 166 penumpang cedera ringan dalam insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), malam tadi.(24 Mei)

Gerabak yang membawa 213 penumpang itu berlanggar dengan sebuah tren LRT kosong berhampiran stesen di Kampung Baharu berdekatan stesen KLCC.

Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang dipercayai mengalami masalah teknikal.

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, memaklumkan kemalangan itu membabitkan perkhidmatan tren LRT bernombor 40 dan 81.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” – Azhar Ghazali / Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana

Pihak beliau jugak memohon maaf atas insiden  yang tidak dijangka ini.

Ini merupakan merupakan kemalangan yang pertama melibatkan tren LRT sejak perkhidmatan tren beroperasi selama 23 tahun.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button