Covid19Semasa

Kelonggaran individu lengkap dua dos vaksin bakal diputuskan – PM

Meliputi pergerakan membeli belah atau rentas daerah

PUCHONG : Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.

“… dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya hari ini.

Mahiaddin yang usai melawat syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd berkata, kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.

Mengulas lanjut langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

– BERNAMA

Oleh : Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button