Covid19EkonomiSemasa

Kedai buku dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Berita baik untuk pencinta buku

Bangi : Industri buku adalah industri yang terjejas teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020. Lebih 30 buah outlet buku ditutup sepanjang tahun 2020. Malah ada kedai buku yang menjual barang basah (sayur) bagi meneruskan kelangsungan ekonomi.

Dalam pada masa yang sama penjualan buku-buku melalui online pula meningkat. Ini dimaklumkan oleh CEO bookcafe.com.my, Tuan Hairul Adli. Sepanjang pelaksanaan tempoh PKP, jualan online melonjak tinggi. Ia bukan sahaja membantu kedai buku online yang sedia ada, tetapi juga orang ramai yang baru menceburi perniagaan online khususnya buku.

Sebagai membalas kepercayaan pengguna, bookcafe.com.my menyumbangkan buku-buku dan Al Quran wakaf untuk yang memerlukan melalui MAPIM Malaysia.

CFO Bookcafe Tuan Firdaus menyampaikan sumbangan kepada Team Task Force MAPIM Malaysia

Menurut (chief finance officer) CFO Bookcafe, Tuan Firdaus, “Kami sedar buku-buku adalah sumbangan pada peringkat seterusnya. Bukan bantuan peringkat pertama. Ia untuk sekolah ataupun madrasah yang terjejas akibat banjir. Ia juga bukan sahaja khusus untuk mangsa banjir. Ia terpulang kepada pihak MAPIM Malaysia bagi mengedarkan kepada pihak yang memerlukan. Dan kami memilih MAPIM kerana kami percaya dengan reputasi MAPIM.”

======

Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.
Sumbangan boleh dibuat melalui link:
ATAU
menerusi Akaun Maybank:
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button