Covid19DuniaKemanusiaanPalestin

Kapasiti fasiliti kesihatan di Gaza kritikal

Penduduk Palestin perlukan bantuan

KUALA LUMPUR : Penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel pada ketika ini amat memerlukan bantuan perubatan susulan peningkatan jumlah mereka yang cedera dan terkorban.
Wakil Viva Palestina Malaysia (VPM), Dr Munawwar Helmi berkata, kapasiti fasiliti kesihatan di Gaza kritikal sebelum pandemik COVID-19 lagi dan ia semakin parah selepas pihak Zionis melakukan serangan.
“Keperluan perubatan diperlukan pada ketika ini sebab fasa kecemasan sebab ramai cedera dan meninggal dunia.Kita perlukan bantuan perubatan untuk merawat kecederaan pada fasa ini. Selepas ini fasa pemulihan. Jumlah mereka yang cedera dan meninggal dunia akan meningkat dan kita bukan sahaja memerlukan bantuan fizikal trauma. Dengan peningkatan 40,000 mereka yang kehilangan rumah, kita risau akan berlaku masalah jangkitan COVID-19 pula,” – Dr Munawwar Helmi/ wakil VPM
Justeru, rakyat Malaysia disaran untuk terus menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada penduduk Palestin yang sedang berdepan detik sukar akibat serangan Zionis pada ketika ini.
“Sebelum hari raya lagi, kami sudah menghantar RM126,000 nilai perubatan dan barangan perubatan untuk dibekalkan di Almaqasid Charity Hospital di Timur Jerusalem, dan di Charity Hospital di Gaza. Fasa kedua, kita sasar RM200,000 untuk disampaikan pelbagai bantuan termasuk Kementerian Kesihatan di Gaza dan hospital-hospital di Gaza dan juga pusat rehab. Kita juga ada bekalkan makanan dan bakul makanan kepada penduduk,” – Dr Munawwar Helmi/ wakil VPM
Ujarnya, pada ketika ini, pihak Zionis mensasarkan untuk memusnahkan infrastruktur laluan sekitar hospital dan klinik-klinik di Gaza.
Ia sekali gus menyukarkan penduduk untuk mendapat bantuan kesihatan. – BH
Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi
____________________________________________________________
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button