
DUBAI : [VIDEO] Kabus tebal melitupi Dubai dan Emiriah Arab Bersatu pada pagi Ahad (17 Jan).
Keadaan berkabus itu menyelubungi bandar padat bangunan pencakar langit itu sehingga tengah hari.
Selain berkabus cuaca sejuk juga mengiringi keadaan terkini di negeri berkenaan.
Pejabat Media Dubai turut berkongsi beberapa keping foto kabus yang melitupi pencakar langit bandar itu pagi semalam.
Media Gulf Today turut melaporkan selain bangunan pencakar langit, tahap penglihatan rendah juga dikeluarkan Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Jalan Dubai, RTA, dan menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan kelajuan kenderaan mereka.
Pengguna lalu lintas juga dinasihat menyalakan lampu kabus di kenderaan demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain, tambah RTA.
Penduduk Dubai antaranya dari Penduduk Jumeirah Beach, berkongsi kejadian itu di Twitter dan platform media sosial lain.
Pelbagai gambar seta video berhubung kabus tebal yang menakjubkan dipapar untuk tatapan seluruh dunia.
Turut berkongsi fenomena cuaca itu ialah Putera Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum,
Merakamkan dari udara secara lebih dekat beliau kemudian mengongsikannya di Instagram peribadi beliau.
Video memaparkan kegembilangan pencakar langit – antaranya Burj Khalifa, Emirates Towers dan Burj Al Arab.
Syarikat pembinaan bangunan pencakar langit turut sama memaparkan fenomena cuaca itu di laman media sosial yarikat kejuruteraan mereka, menzahirkan rasa kemegahan mereka apabila bangunan dibina diliputi kabus.
Sekaligus dianggap satu pencapaian bagi organisasi yang berkaitan dalam pembangunan di kota Dubai.
