Kemanusiaan

Jutawan taja khidmat udara bagi misi mangsa banjir MAPIM

``Berkongsi rezeki yang Allah anugerahkan kepada saya '' - Azlan Al Amin

BANGI :  Atas dasar kemanusiaan dan merasai perasaan mereka yang terkesan kerana pernah melalui zaman sukar dalam kehidupan, mencetuskan idea kepada jutawan dan usahawan terkenal, Tuan Mohd Azlan Al Amin, untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.

Buat julung kalinya bukan sahaja turun padang,  malah beliau menaja khidmat pengangkutan udara, sebuah helikopter bagi tujuan misi kemanusiaan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia.

Tambah beliau, pasukan MAPIM melalui Ketua Misi Kemanusiaannya, (Dr.) Sani Araby Al Kahery telah banyak menjalankan misi dalam dan luar negara, dan beliau amat gembira untuk menaja helikopter itu bagi tujuan misi kemanusiaan MAPIM.

Ia juga digunakan bagi meninjau keadaan banjir dari udara dan kemudian disusuli jalan darat dengan lori dan kontena yang bakal disampaikan kepada mangsa banjir.

“Saya sebenarnya berbesar hati dapat menyumbang usaha kerdil ini dalam satu kumpulan besar MAPIM untuk berbakti kepada ummah” – Tuan Azlan Al Amin

Dalam ucapannya pada majlis pelepasan Misi Bantuan Kecemasan Banjir, di Wisma MAPIM beliau berkata sebagai insan yang berkemampuan daripada rezeki yang diberikan oleh Allah, atas dasar jiwa murni beliau ingin membantu bersama-sama MAPIM untuk menyantuni mereka yang terkesan akibat banjir yang berlaku di beberapa negeri.

Sementara itu beliau mengakui agak gentar menaiki helikopter pada waktu cuaca tidak menentu kini, namun beliau menyerahkan segalanya kepada Illahi dan yakin demi membantu manusia yang terjejas beliau segalanya akan dipermudahkan.

“Saya gusar dalam cuaca kini, untuk menaiki helikopter namun kita mohon pada Allah untuk selamatkan mereka yang membantu ummah membantu mereka yang terjejas” – Tuan Azlan Al Amin

Tuan Azlan juga memaklumkan beliau tidak menolak kemungkinan pada bila-bila masa jika diperlukan perkhidmatan seumpamanya beliau sedia membantu mana-mana pihak yang berkhidmat untuk ummah.

_________________________

*MAPIM amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk  bantuan-bantuan berikut:

– 10,000 kotak bantuan makanan

– 10,000 kit kebersihan diri

– 10,000 kit solat

– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan  pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)

– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan

– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM

– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah

– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan

Sumbangan boleh disalurkan menerusi www.BantuUmmah.com atau menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM dengan no akaun 5622-6354-0066

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button