Travelog
Trending

Jutawan naik helikopter bungkus Nasi Mendy Al-Araby Matha’am

Sanggup terbang dari Besut

BANGI : [VIDEO]

Kesibukan tugas seorang usahawan, pastinya antara cabaran yang dilalui untuk sampai ke tampuk kejayaan.

Bagaimana pun sibuknya, menjaga pemakanan juga antara yang perlu dititikberatkan.

Kerinduan terhadap resepi hidangan Arab, membuatkan jutawan dan ikon usahawan terkenal, Tuan Muhammad Azlan Al Amin, singgah ke Restoran Al Araby Matha’am di Bandar Bukit Mahkota, Bangi untuk menikmati hidangan tengah hari.

Kehadiran beliau dengan menaiki helikopter dari Lapangan terbang Subang, terus ke Bangi mengejutkan seluruh komuniti sekitar deretan premis perniagaan di Bandar Bukit Mahkota Bangi.

Beliau bersama beberapa rakan perniagaan juga juruterbang menikmati hidangan set Lamb Haneeth.


Terkenal dengan buku motivasi “Rahsia Jutawan Pengutip Sampah”, beliau bukan saja aktif dalam dunia perniagaan bahkan dikhabarkan merupakan penyokong kerja santuni Ummah yang diketuai oleh (Dr) Sani Araby Al-Kahery yang merupakan Ketua Aktivist MAPIM Malaysia yang juga adalah pemilik restaurant Al-Araby kegemarannya

Saya terkejut sekali Tuan Azlan singgah kali ini dengan Helikopter semata untuk makan dan bungkus nasi mendi Al-Araby. Beliau ini bukan saja peminat setia restaurant Al-Araby bahkan merupakan insan yang selalu mesej saya beri kata semangat dan sokongan atas kerja peduli ummah dan kemanusiaan dalam serta luar negara. Saya mendoakan beliau dimurahkan rezeki dan menjadi Jutawan Peduli Ummah” – kata Sani Araby ketika ditemuramah Ummah Today. Beliau kini sedanh berada di bumi Syria mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan RescueSyria Ke-15

Sebelum menyambung urusan beliau bersyukur dapat menikmati hidangan terbabit dan berterima kasih kepada layanan staf Araby.

Mengakhiri pertemuan sebelum menyambung kembali beberapa mesyuarat yang disusun oleh organisasi beliau – berikut ini kata-kata Tuan Azlan  :

“Alhamdulillah! Bukan perut sahaja kenyang, hati pun senang.”

Restaurant Al-Araby Matha’am terletak di Bandar Bukit Mahkota, Bangi

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button