Semasa

Jus mango dirampas bersama syabu, eramin, ecstasy, heroin, ketamin bernilai RM125.8 juta

2 rumah jadi makmal proses dadah

JOHOR BAHRU: Pelbagai jenis dadah bernilai RM125.8 juta berjaya dirampas oleh polis Johor, ketika serbuan dilakukan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata ia antara kejayaan rampasan dadah terbesar di Malaysia, membabitkan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, setakat awal tahun ini.

Polis Johor berjaya merampas dadah bernilai RM125.8 juta pic: Ihsan UtusanDigital

Katanya, dalam 16 serbuan selama dua hari bermula 2.45 petang Sabtu hingga 6.40 petang Ahad lalu, seramai 15 suspek, membabitkan lapan lelaki dan tujuh wanita warga tempatan, berusia antara 17 hingga 62 tahun berjaya ditahan.

Beliau berkata, ketua sindiket berkenaan yang berusia 30-an turut ditahan dengan siasatan masih dijalankan sama ada, bagi memastikan tiada saki baki ahli sindiket yang bebas termasuk kewujudan dalang yang lain.

“Risikan selama setahun kita buat terhadap sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang beroperasi di dua rumah sekitar bandar raya ini yang dijadikan stor penyimpanan dan makmal memproses dadah”

“Dadah yang dirampas adalah syabu sebanyak 72.61 kilogram (kg); serbuk ecstacy (12.81 kg); ganja (5.44 kg); 3.72 juta biji pil eramin 5; sebanyak 397,905 biji pil ecstacy; heroin (4 gram); ketamin (28.0 gram); jus manggo (8.5 gram); serbuk dadah seberat 969.15 kg – selain enam mesin dan peralatan memproses dadah.

“Kesemua 15 suspek direman bermula Ahad lalu hingga 16 Januari ini, mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Tiga daripada suspek ditahan didapati positif dadah manakala, hasil semakan rekod lampau mendapati mereka juga mempunyai enam kesalahan lampau antaranya membabitkan kesalahan dadah, senjata api dan ugutan jenayah, ” katanya.

 

-Muhammad Arshad Azmi (Pelajar Fakulti Animasi UITM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button