SemasaSukan

Jual kasut emas, jersi peribadi bekas penyerang Harimau Malaya buka gerai makan

Impiannya kukuhkan perniagaan

KUALA LANGAT :  Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.
Bekas pemain Perak itu menarik perhatian ramai pada pertengahan tahun lalu apabila terpaksa melepaskan koleksi kesayangannya sepanjang mengecapi gemilang karier sebagai pemain termasuk trofi Kasut Emas yang dimenanginya pada 2002 demi kelangsungan hidup.
Walau pun mempunyai beberapa tawaran sebagai jurulatih, dia menolaknya atas faktor peribadi dan kini kembali ke bidang masakan dan segalanya bermula selepas dia melintasi sebuah tapak gerai di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Ogos lalu.
“Selepas saya menjual barangan legasi dan sentimental (dalam karier bola sepak) dan selepas tiga tahun tidak berkerja, saya gunakan (hasil penjualan koleksi peribadinya) untuk membayar hutang dan buat modal,”
Khalia berkata demikian kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi.
Selain daging salai yang sinonim dengan keluarganya, Khalid turut menyediakan menu seperti set siakap dan ayam goreng kampung.
“Saya memilih menu daging salai sebab ayah dan keluarga orang rumah saya berasal dari Negeri Sembilan,” katanya lagi.
 “Saya nak masyhurkan tapak ini.”Saya nak naikkan suasana kemeriahannya dan menambah cawangan, Insya-Allah.”

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button