DuniaPolitikSemasa

Jordan goyah?

Penahanan Putera Hamzah menjadi tanda tanya

AMMAN :  KEMASKINI [VIDEO] Setelah seminggu pertikaian antara Putera Hamzah dan kerajaan Jordan, kini Raja Abdullah bersuara bagi memperjelas isu penahanan bekas putera mahkota itu, semalam.

Dalam liputan siaran televisyen di Jordan, Raja Abdullah menyatakan isu pertikaian antara adik tirinya dan kerajaan Jordan telah diselesaikan.

Tambah beliau, sebagai penjaga dan juga keluarga Hashemite, timbul sedikit perasaan marah dan kecewa terhadap kritikan melulu Putera Hamzah itu.

Walaubagaimanapun, beliau yakin pertikaian ini bukanlah satu benda yang asing bagi tampuk pimipan Jordan, ia juga bukanlah satu tindakan yang berbahaya kerana acap kali Jordan diancam dan berjaya melumpuhkan pihak lawan.

Raja Abdullah kemudian menyatakan institusi monarki kerajaan Jordan itu telah bersedia dengan apa jua ancaman pihak luar yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian Jordan.

Negara Islam sekali lagi dikejutkan dengan berita gempar mengenai perebutan kuasa oleh bekas Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Hussein terhadap institusi kerajaan Asia Barat itu.

Putera Hamzah yang dahulunya merupakan putera mahkota Jordan, kini ditahan di dalam rumah di Amman, bersama dua lagi bekas pegawai kanan, iaitu Sharif Hassan bin Zaid, yang juga kerabat diraja dan Bassem Awadallah, yang pernah menjadi pengarah di pejabat Raja Abdullah dan puluhan yang lain.

Penahanan itu berpunca daripada kritikan lantang Putera Hamzah terhadap kerajaan Jordan yang melibatkan kegiatan rasuah. Namun, kritikan ini dianggap sebagai satu penentangan berani kepada tampuk pemerintahan abang tirinya Raja Abdullah Hussein pada Sabtu lalu.

Menurut laporan tentera, kini kesemua yang ditahan dikenakan siasatan menyeluruh oleh agensi keselamatan Jordan, walaubagaimanapun, pihak kerajaan Jordan setakat ini menafikan dakwaan tersebut.

Pada tahun 2004, gelaran putera mahkota Hamzah Hussein ditarik balik oleh Raja Abdullah. Justeru,  gelaran itu diserahkan secara langsung pada anak kandungnya Putera Hussein.

Merujuk pada paparan video yang tular, Hamzah Hussein, dalam video tersebut menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kerajaan Jordan atas tindakan melulu yang diambil bertujuan menghukum dan menyoal siasat beliau atas kelantangan kritikannya.

“Saya bukan orang yang akan bertanggungjawab atas kerosakan barisan pimpinan, korupsi dan ketidakmampuan pemerintah dalam pentadbiran negara selama 10 hingga 20 tahun ini, dan yang semakin buruk tahun ini. – Hamzah Hussein

Tambah beliau, bukan sahaja ditahan malah, segala akses telekomunikasi disekat termasuk media sosial peribadinya dan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk berjumpa dengan beliau juga dilarang sama sekali.

Hamzah Hussein yang juga merupakan pemegang pangkat briged dalam sektor kententeraan, menafikan khabar yang tular berkenaan kerjasama beliau dengan pihak asing.

Namun, dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak tentera itu disokong sendiri oleh Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi yang mengatakan, hasil siasatan menunjukkan bekas Putera Mahkota Hamzah Hussein bersama pasukan asing terlibat dalam sejumlah kegiatan yang mensasarkan keamanan negara.

Adakah pergolakan ini merupakan satu agenda campur tangan luar atau masalah yang sememangnya berpunca dari masalah sistem diraja itu sendiri?

Pakar analisis politik yang tidak mahu dikenali, menyifatkan bahawa tindakan Hamzah ini merupakan satu langkah drastik dalam menyuarakan pendapatnya isu rasuah dan salah laku pihak kerajaan dan institusi diraja Jordan.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

 

 

Related Articles

Back to top button