Covid19Semasa

JKM distruktur semula

Untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat

KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menjalankan penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata penstrukturan semula JKM itu dibuat bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberi kepada masyarakat, selain menyelesaikan isu berbangkit di jabatan berkenaan.

Selain itu katanya, JKM dijangka menambah 8,000 kakitangan secara kontrak bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dan bebanan kerja, menjelang tahun hadapan.
“Saya tak mahu tugas hakiki warga KPWKM terjejas ketika mendepani keadaan mencabar sekarang ini… ramai yang terjejas (akibat COVID-19). Saya sudah utus surat dan sentiasa buat susulan,” 

 

Setakat ini, JKM mempunyai kira-kira 6,000 kakitangan dengan lebih 3,000 daripada jumlah itu ditugaskan untuk menjaga kebajikan seramai 32 juta rakyat di negara ini.

“Ketika saya masuk KPWKM ini, banyak isu dan orang ramai mudah salahkan JKM tetapi tidak maklum hakikat keadaan mereka (kakitangan JKM) bekerja dan sebagainya.

“Peringkat permulaan kita ambil secara kontrak kerana lantikan tetap akan mengambil masa.

“Dalam usaha untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat, saya juga perlu jaga kebajikan kakitangan KPWKM. Kalau tugas mereka terlalu banyak kita perlu fikir bagaimana hendak atasi.” – BH

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button