Dunia

Jessica Arden minta maaf

Pasukan keselamatan gagal tumpu perhatian kepada ancaman serangan

AUCKLAND : Pasukan keselamatan New Zealand gagal menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap ancaman serangan keganasan daripada golongan berhaluan kanan.

Sebaliknya, pihak berkuasa negara ini hanya menumpukan perhatian terhadap plot serangan keganasan daripada kumpulan radikal Islam.

Perkara itu didedahkan dalam laporan insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch yang berlaku pada 15 Mac tahun lalu.

Selain itu, pasukan keselamatan negara ini dikatakan mampu menghentikan serangan tersebut hanya secara ‘kebetulan’ dan bukannya menerusi perancangan awal.

Laporan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja setebal 800 muka surat itu menyebut agensi perisikan New Zealand ‘terikat dengan persepsi tentang serangan kumpulan radikal Islam’ sehingga tidak mempunyai gambaran mengenai ancaman keganasan dari pihak lain, termasuk pengganas kulit putih.

Sehubungan itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memohon maaf atas keculasan yang berlaku dan berikrar untuk meneliti kesemua 44 cadangan yang diusulkan dalam laporan itu di dua buah masjid di Christchurch yang berlaku pada 15 Mac tahun lalu.

Katanya, kritikan terhadap sistem perundangan senjata api yang lemah di negara ini sehingga membolehkan Tarrant ‘membeli sebanyak mungkin raifal semi automatik’ sudah pun kerajaan tangani.

“Pihak berkuasa negara ini mungkin gagal meneliti ancaman keganasan secara menyeluruh, namun itu tidak bermakna serangan pada Mac lalu juga dapat dielakkan. Saya minta maaf atas apa yang berlaku,” – Jessica Arden

Pihak berkuasa New Zealand juga didakwa tidak mempunyai maklumat mencukupi tentang ancaman keganasan daripada kumpulan berhaluan kanan kerana beranggapan kebanyakan insiden keganasan yang berlaku di dunia ketika ini adalah berpunca dari kumpulan radikal Islam.

Malahan, pasukan polis New Zealand gagal mengenal pasti maklumat tertuduh, Brenton Tarrant secara terperinci dan segera sebelum tragedi tembakan itu berlaku.

“Tidak ada cara masuk akal untuk Tarrant dikenal pasti melainkan hanya secara kebetulan,” jelas laporan itu yang menyaksikan pengganas kulit putih terbabit menyasarkan penduduk beragama Islam termasuk wanita dan kanak-kanak yang menghadiri solat Jumaat di Christchurch.

Tragedi yang berlaku di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood itu meragut 51 nyawa termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. – AFP

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button