KerohanianSemasa

Jemaah lebih 70 tahun tidak boleh tunai umrah

Walaupun yang sudah mengambil vaksin COVID-19

Riyadh 25 Mac :  Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi tidak akan mengeluarkan izin umrah bagi jemaah negara itu yang berusia lebih 70 tahun.

Menurut SaudiGazette, walaupun jemaah itu telah divaksinasi mereka tetap tidak akan dibenarkan untuk mengerjakan umrah.

“Warga Saudi dan ekspatriat bolehmemohon mengerjakan umrah jika usia mereka di antara 18 dan 70 tahun, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Anak-anak mereka juga tidak diizinkan untuk menjadi peneman sebaliknya ibu atau bapa jemaah.”

Kementerian itu juga memaklumkan bahawa pengambilan vaksinasi virus corona bukan syarat untuk mereka mendapatkan umrah. Sebaliknya permohonan haruslah melalui aplikasi I’tamarna selain membuktikan status kesihatan tidak dijangkiti virus melalui satu lagi aplikasi Tawakkalna.

Pemerintah Arab Saudi kini mewajibkan semua jemaah haji mengambil vaksin COvid-19 bagi ibadah haji tahun ini dan ia menjadi syarat utama izin masuk ke Mekah.

Arab Saudi sehingga kini masih menutup pintu sempadannya kepada 20 negara lain sejak 3 Februari lalu.

Antara negara itu ialah  Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Itali, Pakistan, Brazil, Britain, Turki, Afrika Selatan, Prancis, Lubnan, Mesir, India, dan Jepun.

Setakat ini tidak ada sebarang pemakluman mengenai jemaah haji Malaysia, seperti yang ditetapkan untuk syart terbaru ini.

 

Related Articles

Back to top button