Semasa

Jemaah haji perlu serah keputusan (RT-PCR) dalam masa 48 jam

RIYADH : Jemaah haji asing perlu menyerahkan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)  negatif atau ujian antigen dalam masa 48 jam sebelum pelepasan tanpa mengira status vaksinasi.

Protokol itu, yang diubah suai oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, akan berkuat kuasa pada 9 Februari jam 1 pagi.

Ia merupakan salah satu proses baharu pelancong memasuki Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah dan ziarah.

Arab Saudi telah mengenakan sekatan perjalanan tambahan yang akan berkuat kuasa pada 9 Februari.

Kementerian itu berkata sekatan baharu itu diperkenalkan selaras situasi epidemiologi tempatan dan global, dan sebagai sebahagian daripada langkah diambil kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19 dan memelihara kesihatan awam.

Sebelum ini, Arab Saudi menetapkan syarat pengembara perlu mengemukakan ujian RT-PCR dengan keputusan negatif dalam tempoh 72 jam sebelum tiba ke negara itu.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button