Covid19Kerohanian

JAWI dapat perkenan Agong luaskan kapasiti jemaah solat Jumaat, di Wilayah Persekutuan

Berkuat kuasa esok

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membenarkan perluasan kapasiti jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.

Perkenan itu membabitkan masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa esok.

JAWI dalam satu kenyataan memaklumkan, jemaah bagi solat Jumaat diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Ketetapan sama turut diberikan kepada jemaah solat fardu lima waktu iaitu separuh daripada kapasiti dewan solat, masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Selain itu, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat,” katanya .

Katanya, semua ketetapan ini berkuat kuasa bermula dengan solat Jumaat pada esok tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat selaras nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button