DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Israel terus `dahagakan’ tanah Palestin

Perkampungan haram di Tebing Barat diperluas

TEBING BARAT : Gagal merobohkan rumah seorang warga Palestin, tentera Israel menuang simen ke dalam bilik tidur pemilik.

Simen itu memenuhi ruang bilik tidur dari lantai ke siling.

Gambar ini menunjukkan kejahatan Zionis sehingga sanggup menuang simen gara-gara pemilik rumahnya enggan merobohkan rumah mereka yang didakwa Yahudi haram dibina.

Ini adalah tindakan kejam Zionis demi meluaskan kawasan perkampungan haram mereka di Palestin.

Lebih sebulan Israel mengikat hubungan normal, meliputi komersil dan politik dengan Emiriah Arab Bersatu, UAE, peluasan perkampungan haram Zionis terus berlaku.

Peluasan perkampungan haram Yahudi ini menyaksikan apakah, gadaian Israel terhadap gencatan rancangan penaklukan tanah Palestin dipatuhi?

Tidak sama sekali, ini kerana Misi Pemantau Tetap Negara Palestin ke New York dalam laporan terkininya menyatakan sejumlah 5,000 buah rumah dibina dalam peluasan penjajahan Israel.

Kali ini memasuki ke pedalaman Tebing Barat.

Agensi itu menyesali ketamakan Israel itu di saat rakyat Palestin terus dicengkam penguasaan rejim dan impak wabak Covid-19, hak mereka terus dicabuli.

“Ketika masyarakat antarabangsa memfokus tindakan bersama menangani impak pandemik ke atas manusaia sejagat, kesan sosial dan ekonominya, Israel sebaliknya mengambil peluang untuk merampas tanah, dan mengancam pendudukan rakyat awam Palestin di bawah penjajahan haramnya. Dalam pada Israel mendakwa mahukan kebebasan, tindakannya memperlihatkan sebaliknya iaitu meragut sebanyak mungkin tanah Palestin”

Perluasan pemukiman haram Zionis telah semakin giat dijalankan sejak awal tahun ini.

Rumah orang awam dirobohkan dan tindakan ketenteraan setiap hari berlaku terutama di wailayah ditakluk Zionis.

Menurut OCHA, sejak tahun ini Israel merobohkan lebih 500 bangunan di Kawasan Pemilikan Palestin, dengan di timur Baitul Maqdis sahaja sejumlah 134 premis.

Tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa dan kepentingan kepada pandemik, Israel terus memperkuat ketidakperikemanusiaannya meroboh dan memusnahkan harta milik Palestin memaksa mereka, hilang tempat berteduh.

Minggu lalu Israel meluluskan lagi pembinaan 2,166 buah rumah bagi perkampungan haram yang baru dirancang dibina di seluruh Tebing Barat.

Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Peace Now menyifatkan rampasan tanah rakyat Palestin hanya memberi harapan pudar kepada proses keamanana Arab-Israel dan membunuh impian warga Palestin.

Tiada sebarang respon diterima daripada pihak bernomalisasi dengan Israel, Bahrain dan UAE setakat ini.

Wakil Tertinggi PBB ke Gaza, Josep Borrell berkata sehingga Ogos 2020, memperlihatkan peningkatan dalam rampasan tanah warga Palestin di Tebing Barat.

Ia juga menyalahi undang-undang antarabangsa, namun sehingga kini tidak dipeduli Zionis.

Analisis melihat  kedudukan Palestin terus tercabar kerana campur tangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang ketika ini menjadi orang tengah dalam banyak perkara membabitkan Israel.

“Masyarakat Palestin berharap Trump tidak akan mendapatkan mandat keduanya dalam pilihan raya itu.”

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyatakan kemenangan Trump sekali lagi pada pilihan raya Presiden hanya akan membawa bencana kepada rakyatnya dan dunia amnya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button