Semasa

Ban berhampiran pintu kunci air di Taman Sri Muda pecah

SHAH ALAM : Hujan lebat di kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 telah menyebabkan sebuah ban berhampiran pintu kunci air di kawasan tersebut pecah semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba di lokasi pada sekitar 8.30 malam sebelum menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian daripada penduduk.

“Keadaan di lokasi terkawal dan kerja pembaikan sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, lima bot telah digerakkan ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bomba akan terus berada di lokais sehingga air pasang pada 12 tengah malam ini untuk memantau paras air. Setakat ini tiada limpahan air ke kawasan kediaman penduduk,” katanya.

-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button