KemanusiaanPalestinSemasa

Israel bedil barat Gaza

Dakwa sebagai serangan balas Hamas

GAZA : [VIDEO] Tentera Zionis membedil tiga roket bahagian barat dan selatan Gaza awal pagi Ahad.

Menurut media Anadolu, tentera rejim mendakwa satu roket disasarkan ke arah mereka dan tindakan itu adalah sebagai serangan balas daripada serangan dilancar Hamas.

Israel dikatakan mengebom kawasan Khan Younis menggunakan helikopter penentang.

Setakat ini tiada kehilangan jiwa dilaporkan

Pihak Gaza juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu, di pengkalan tentera Lembah Jordan, satu kemalangan berlaku.

Kereta kebal milik tentera rejim yang sedang dinaikkan ke kenderaan pengangkut kereta kebal Merkava MK3 terbalik.

 

Semenanjung Gaza diduduki oleh dua juta orang warga Palestin yang tinggal dalam keadaan kekurangan kerana terpaksa menjalani pelbagai sekatan oleh Israel selama tempoh sedekad.

*

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button