KemanusiaanPalestinSemasa

Israel bawa lari warga Palestin lepas ditembak

Bakar kereta

RAMALLAH : Dinafikan pelbagai hak malah harta benda rakyat Palestin terus diinjak injak pendatang haram Yahudi.

Di Ramallah Tebing Barat, sekumpulan pendatang haram Yahudi membakar dua buah kereta milik rakyat Palestin

Kumpulan penjajah itu juga memecahkan cermin kereta lain di bandar Turmus Ayya di timur laut Ramallah, pada 14 Jan.

Datuk Bandar itu, Wadie Abu Awwad, melaporkan pendatang itu diiringi tentera, menyusup masuk di pinggiran bandar  dan memulakan kemusnahan ke atas kenderaan itu.

Seorang saksi, Hijjaz Abu Awwad berkata tentera Israel menyerbu kawasan di pinggir bandar itu dan merampas hak milik Palestin.

Dia juga cedera selepas pendatang Yahudi membaling batu ke arahnya.

Awwad menambah, penduduk tempatan cuba melarang pendatang terbabit namun mereka dihalang oleh tentera rejim dengan menyerang penduduk menggunakan gas pemedih mata.

Menurut The Palestinian Information Center, kelmarin, Barisan Tentera Israel menangkap tiga warga Palestin yang mana salah seorangnya ditembak terlebih dahulu.

Salah seorang tahanan, Muhammad Thaer Mahmoud dari perkampungan al-Issawiya manakala Emir Abu Jumaa ditahan selepas serbuan dikerah di rumahnya di al-Tur.

Kedua-dua perkampungan ini menjadi sasaran kempen hukuman oleh pihak berkuasa pendudukan IOA,  rejim.

IOA menggunakan segala tekanan, penganiayaan kepada warga Palestin, termasuk mengenakan cukai dan mengeluarkan surat pelanggaran kepada sesiapa yang berjalan keluar dari rumah sejauh hanya 100 meter.

Kezaliman tentera rejim terus dilakukan terhadap tahanan apabila Awad Allah Shehadeh, 35, ditembak sebelum dibawa pergi dari rumahnya di Nablus.

Awad terkena beberapa tembakan di kaki dan pinggang.

Menurut adiknya Thaer, tentera Yahudi turut membawa perginya abangnya menaiki ambulans ke kawasan yang tidak dinyatakan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button