Semasa

Iklan judi raya tidak boleh diakses lagi

Langgar undang-undang negara

BANGI :  Susulan bantahan terhadap iklan yang mencemar bulan suci Ramadan Kareem, penyedia perkhidmatan judi dalam talian, GDWON3 sudah menutup tiga laman sosial medianya  iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

UMMAHToday cuba mengakses laman web http://www.gdbet333.com/ bagaimanapun laman web itu tidak dapat diakses. Sebaliknya paparan menunjukkan laman sesawang itu gagal diakses kerana kandungannya melanggar undang-undang negara. Akses kepada laman sesawang itu juga dihalang di bawah peruntukan mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang Malaysia.

Manakala bagi peruntukan di bawah penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia syarikat itu tetakluk disiasat mengikut 

Iklan raya mempromosikan judi dalam talian oleh GDBET333 diselar oleh pelbagai pihak minggu lalu. Kandungannya cuba mempengaruhi orang ramai terutama umat Islam  berjudi untuk mendapat duit raya.

Minggu lalu dua video mengenai iklan judi raya tular apabila ia mencetuskan kemarahan orang Islam khususnya yang menyiarkan kandungan judi dan habuan untuk berhari raya setelah mendapat pulangan berganda hasil daripada perjudian dalam talian.

Selain Youtube, kandungan berorientasi mempromosi judi itu juga disebarkan ke laman sosia Facebook secara meluas.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata satu laporan telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul klip video berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

“Siasatan polis akan menjerus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video ini. Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan,” – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

SKMM juga kemudiannya meminta Facebook, Twitter dan YouTube menurunkan iklan raya yang mempromosi perjudian dalam talian yang tular sejak seminggu lalu.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Related Articles

Back to top button