Covid19

Hukum guna vaksin Covid-19 – harus!

Golongan yang telah ditetapkan oleh kerajaan wajib guna vaksin

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Dis lalu mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan pada Rabu (23 Dis) berkata ketetapan itu juga sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin,” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dr Zulkifli berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

Katanya ini terbukti, kaedah pencegahan melalui pemvaksinan dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia daripada 1988 hingga 2013.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button